Simarjarunjung
Simarjarunjun adalah tempat wisata untuk melihat keindahan danau toba dari ketinggian. Wisata ini terletak di Kabupaten Simalungun ,Sumatera Utara View menakjubkan di puncak Bukit Simarjarunjung Perjalanan menuju Berastagi memenatkan ekoran jalan tidak berapa elok dan berbukit. Namun kepenatan itu hilang serta merta apabila singgah di puncak Bukit Simarjarunjung di pertengahan perjalanan ke Berastagi. Puncak Bukit ini menawarkan panorama terindah permandangan Tasik Danau Toba. Di sini kita boleh merakamkan detik keindahan tersebut dari pelbagai sudut. Namun, apa yang menarik, di puncak Bukit ini juga kita berpeluang melakukan aktiviti yang menguji keberanian kita. Pihak pengurusan menyediakan pelbagai tempat untuk bergambar dan salah satu tempat yang paling mengujakan adalah berbasikal di atas tali yang terbentang di atas lurah bukit. Kita juga boleh mengabdikan potret di atas pokok dan di atas neca di kawasan cerunan. Penat bergambar dan melakukan aktiviti, kita boleh mele...